Ahad, 2 September 2012

kesusasteraan melayu stpm-hikayat hang tuah bab xix


Hikayat Hang Tuah Bab XIX

Utusan ke Benua Keling

Krisna Rayan (raja benua Keling) menyambut surat daripada Sultan Melaka (Sang Maniaka). Hang Tuah selaku utusan raja telah sampai di negeri Bijaya Nagaram. Latar tempat negeri berkenaan sangat indah dan unik. Surat raja Melaka sangat dimuliakan kerana raja Melaka keturunan melayu. Surat sultan pun dibaca dan Krisna Rayan pun bertanya tentang utusan raja yang bernama Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah yang berkebolehan dalam bahasa Nagaram telah menjawab dengan baik. Hang tuah pernah belajar bahasa keling ketika berada di majapahit dengan seorang lebai.  Semua orang kagum dengan kebolehan Hang Tuah. Hang Tuah telah mendapat layanan yang sangat istimewa daripada raja benua Keling itu. Hang Tuah telah dijamu dan dijadikan anak angkat. Kemudian Hang Tuah telah dicabar untuk menaiki kuda teji dan beliau telah berjaya menunggang kuda tersebut.

Sikap dan watak Hang Tuah sangat memikat hati Krisna Rayan dan berhajat ingin menjadikan Hang Tuah sebagai hulubalangnya.Ketika Nala Sang Guna ingin menjamu sultan, didapati kayu untuk memasak tiada kerana Krisna Rayan menghalang rakyatnya menjual kayu. Hang Tuah telah menyelesaikan maslah tersebut dengan mencadangkan agar kain dijadikan bahan api.

Kemudian Hang Tuah menunjukkan kebolehannya yang luarbiasa. Beliau telah menunjukkan kepada raja keling kemampuannya menanam benih pokok yang cepat membesar dan berbuah, masak dan boleh dimakan oleh raja keling itu. Selepas baginda makan buah masak itu, pokok kayu itu pun ghaib.

Seterusnya Hang Tuah telah dititahkan ke benua China oleh Krisna Rayan. Setelah dua bulan perjalanan, Hang Tuah pun sampai dan berlabuh di tempat Feringgi berlabuh. Wujud sedikit pertelingkahan antara utusan benua keling dengan Feringgi. Hang Tuah dan utusan lain disambut dan surat di arak. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah apabila berjaya membuat muslihat untuk melihat raja China yang duduk di dalam mulut naga emas bersisik.



akan di kemaskini...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan